Assalamualaikum. Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 750 tahun.
In two months he got my heart but in two years I'm waiting for him saying "I wanna marry you" once again. Kiranya aku ni SS lah. Syok sendiri. Ingat dia masih sayang aku. Rupa-rupanya, indah fantasi dari realiti. Terbaikkk lah ! Setelah 5bulan my BFF sorokkan rahsia ni. Bila rahsia tu terbongkar, zappp ! Memang menusuk tertusuk kalbu seyhhhh ~ Rasa macam "aku ni dalam kenyataan ke fantasi ni?" Tampar2 muka sendiri, akhirnya airmata jernih mengalir bercucuran deras ke bumi.
Aku tak tahu kenapa dengan dia, kenapa dengan aku, kenapa dengan kami. Mungkin sebab masih terlalu awal. Ye.. Masih awal. Aku belum grad. Matlamat utama aku datang UTeM sebab nak grad bukan nak cari calon suami. But, I dont know why, semacam ada suatu chemistry antara aku dengan Melaka. Mungkinkah jodoh aku di Melaka? We'll wait and see.
Setelah sebulan dapat berita yang boleh dikatakan hancur berderai hati aku ni, sekarang aku rasa macam perasaan tu makin lama makin hilang. Alhamdulillah. Jangan sampai aku nampak batang hidung dia. Susah nanti. Aku takut aku susah nak terima hakikat kembali. Takooootttt ~
Selama sebulan proses melupakan dia, ramai lelaki comes and goes in my life. Paling tak, perasaan normal anak gadis bila tengok lelaki hensem sudah mulai kembali dalam diri ini. Bila tengok lelaki hensem atau baik, getus hatiku berkata "hensemnya dia", "baiknya dia". Melainkan aku yang dulu, lelaki paling hensem lalu depan aku pon, aku tak nampak. Parah kan orang bercinta ni. Tambah pula aku ni jenis yang setia. Kawan dengan ramai lelaki tapi hanya sebagai kawan.
Sekarang, semua sama. Kawan. Memang dah ada yang lebih sikit. Contoh, "aku suka dia", "eh, dia baik la. aku suka dia", "eh dia hensem la. kete dia perghhh la" . Otak waras sudah kembali kepada diri aku. Alhamdulillah.
Ini bermakna aku berjaya move on walaupun sedikit. Walaupun aku berjaya move on, tak bermakna kenangan manis, pahit itu aku terus lupakan. Segala kenangan akan aku ingat untuk dijadikan pengajaran dan sempadan. So that lelaki selepas ni susah nak tawan hati aku. Paling tak, aku jadi tough bila terkena ayat2 manis lidah lelaki. haha
So, that's only for now. Ini pengajaran buat diriku. Moga diri ini tidak mengulangi kesilapan yang sama. Aminnnn~
xoxo, H
